KERJASAMA PASUKAN SUKARELAWAN SEKSYEN PENGURUSAN KAFA KELANTAN DAN PERKAFA SKUAD IHSAN MADANI
Pasukan Sukarelawan SPKK dan PERKAFA Skuad Ihsan Madani amat mengalu-alukan sumbangan anda kepada mangsa yang terjejas akibat bencana banjir di Negeri Kelantan.
Kaunter pusat pengumpulan barangan keperluan telah dibuka di Perkarangan Pejabat PERKAFA Paloh, Tanah Merah, Kelantan pada hari ini 4 Disember 2024 (Rabu) bermula jam 9.00 pagi - 4.30 petang.
Antara barangan yang diperlukan adalah seperti di bawah:
π Makanan asas: Beras, tepung, sardin, minyak masak, kopi dan sebagainya
π Keperluan tidur: Bantal, selimut dan toto
π Kit Ibadah: Telekung, sejadah & kain pelikat
π Kit Kebersihan: Berus & ubat gigi, sabun, shampoo dan tuala
π Tambahan: Tuala wanita, pampers baby & susu
Atau sumbangan dana serta kewangan juga amatlah diperlukan, dan boleh disalurkan terus ke akaun:
110 162 7981 (BANK RAKYAT)
Persatuan Kebajikan KAFA Negeri Kelantan
Ref : Misi Bantuan Banjir
Semoga dengan sumbangan yang dihulurkan ini, dapat meringankan beban mangsa-mangsa banjir.